Posts

Image
Hai. Nama saya Nurul Wardah Izzati bt Mohd Azlam. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Kelantan. Saya merupakan pelajar Tahun 3 Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat dan mengambil jurusan Sains Komputer (Teknologi Rangkaian). ORGANISASI * Bendahari Kehormat Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi & Sains Maklumat 2016-2017 * Timbalan Exco Kebajikan Kelab Multimedia Interaktif 2016-2017 PENDIDIKAN * Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka (2003-2008) * Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka (2009-2011) * Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (2012-2013) * Kolej Matrikulasi Pahang (2014-2015) * Universiti Kebangsaan Malaysia (2015-kini) PENGLIBATAN * Program Mobiliti Ke Universitas Sriwijaya, Palembang Indonesia (2017) * Krew Pertandingan Digital Games FTSM (2017) * Timbalan Setiausaha Cybernight Dinner FTSM 2016 * Bendahari Cybernight Dinner FTSM 2017 * Krew Program Khidmat Komuniti (2017) * Bendahari Siswi Day, KPZ (2016)

Pertandingan Permainan Digital (DGAMES) 2017

Image
Dalam DGAMES, saya sebagai AJK Cenderamata yang ditugaskan untuk menyediakan hamper dan sijil kepada para peserta yang menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini turut disertai oleh mahasiswa mahasiswi daripada universiti lain.

Hari Interaksi dan BBQ IMEC

Image
Hari interaksi bersama kaunselor UKM yang berlangsung di FTSM. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama kaunselor-kaunselor manakala saya terlibat dengan aktiviti membakar ayam untuk BBQ.

Khidmat Komuniti IMEC

Image
AJK dibahagikan kepada beberapa tiga kumpulan iaitu LDK, mengecat kawasan sekolah dan melukis mural. LDK yang djalankan adalah aktiviti merekacipta menggunakan barang-barang terpakai. Melalui aktiviti tersebut, ia dapat membantu saya bagaimana cara untuk berkomunikasi dan bergaul dengan cara yang lebih efektif bersama pelajar sekolah rendah. Pelbagai idea yang bernas yang mereka kongsikan dalam mencipta projek menggunakan barang-barang terpakai.

Lawatan ke Wau Animation, Cyberjaya

Image
Wau Animation merupakan sebuah syarikat menghasilkan siri animasi Malaysia iaitu Ejen Ali. Di sana, kami dapat mengetahui perisian yang digunakan dalam menghasilkan siri animasi ini seperti Toon Boom Animation. Selain itu, kami juga diterangkan mengenai konsep, jalan cerita, animasi, pencahayaan dan muzik dalam menghasilkan animasi ini dengan sempurna dan lengkap.